
Bermula 19 September hingga 4 Oktober 2026, Aichi-Nagoya, Jepun bakal menjadi tumpuan seluruh Asia apabila atlet terbaik benua ini akan bersaing dalam Sukan Asia ke-20.
Sepanjang temasya ini, Oh! Media akan membawakan perkembangan Team Malaysia termasuk jadual pertandingan, keputusan, kedudukan pingat, barisan atlet negara dan segala yang terkini dari pentas Asia.
Team MAS Perlukan Sokongan Kita Semua!
Pasukan berbasikal trek kebangsaan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus berdiri teguh di belakang TeamMAS dan memberi semangat kepada atlet negara yang bakal membawa cabaran Malaysia di pentas Asia.
Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, jom kita sama-sama kirimkan doa dan sokongan buat mereka untuk memberikan aksi terbaik demi negara. Ayuh sokong kontinjen Malaysia!

Prestasi Team MAS dalam lima edisi terakhir menunjukkan Malaysia kekal kompetitif di pentas Asia, walaupun jumlah kutipan pingat berubah dari satu edisi ke edisi yang lain.
Trend terkini juga menunjukkan ruang besar untuk peningkatan, terutama dalam menukar lebih banyak pencapaian podium kepada emas dan perak bagi memperkukuh kedudukan Malaysia.

