Header Ads

Tentang Oh! Media


Hai awak!

Tahun 2008 kami wujud sebagai sebuah syarikat berdaftar. Oh! Media diasaskan oleh Khai Hassan yang ketika itu masih berstatus pelajar di Limkokwing University, Cyberjaya dalam jurusan Creative Multimedia dan berdiri diantara barisan hadapan Top Blogger di Malaysia. Sehingga kini beliau masih bergiat aktif disebalik tabir pelbagai pembangunan penjenamaan pelbagai jenama popular di negara ini.

Tahukah anda, Oh! Media wujud dari sebuah meja Mamak bertemankan laptop usang dan secawan Teh O Ais Limau? Mamak Nurin di Desa Pandan, KL adalah “pejabat” pertama kami tak kira siang dan malam menggunakan WiFi mereka. Bermula dengan projek forum yang dikenali sebagai “Scukz” yang sangat popular dan menjadi fenomena ketika itu, kami wujudkan sebuah laman web hiburan ohartis.com sebagai kesinambungan kepada ohtidak.com yang juga begitu popular. Pada masa yang sama, pembangunan blog peribadi seperti justkhai.com sangat mendapat tempat di hati puluhan ribu pembaca setiap hari.

Kedua-duanya projek kos rendah (pada awalnya) ini menerima sambutan luar biasa sehingga jutaan pembaca setiap bulan yang membuatkan Oh! Media perlu membelanjakan sehingga RM3,000 setiap bulan hanya untuk server sahaja ketika itu (2 dedicated server). Costing yang semakin tinggi inilah sebenarnya yang membuatkan Oh! Media secara perlahan-lahan membangun sebagai sebuah platform pemasaran.

Siapalah sangka bermula dari betapa struggle’nya ketika itu meneruskan minat kami, dari situlah Ohmedia mula berkembang sehingga menjadi sebuah syarikat yang amat dikenali pada hari ini sebagai pelopor pemasaran dan penjenamaan di Malaysia.




OH MEDIA NETWORK (Kini OH MEDIA SDN BHD) merupakan sebuah syarikat media dan pengiklanan di internet yang menggunakan medium berharga ini ke tahap maksimum iaitu lebih dari apa yang mampu internet berikan kepada kami selama ini. Kami melakukan pelbagai jenis perkhidmatan terutama dari segi pengiklanan dan pemasaran dengan harga yang berpatutan dan terendah berbanding pesaing lain di dalam kelasnya.

Sebagai trendsetter kepada web bercorak keagamaan, berita, dan hiburan dalam saluran media sosial di negara ini yang memberi fokus utama kepada golongan remaja, dewasa dan korporat di dalam cara pemasaran kami dengan pelbagai teknik tersendiri yang dicipta dan terbukti berkesan.


Dengan perkongsian pelbagai perkara pada setiap hari 24 jam tanpa henti, peminat kami di Facebook telah mencecah hampir 4 juta orang dan terus bertambah dari masa ke semasa. Ini menjadikan kami berada di tangga pertama sebagai sebuah jenama terkemuka bersaing dengan jenama-jenama besar lain seperti Air Asia, Mc Donalds, KFC, dan sebagainya menurut data yang dikeluarkan oleh Facebook & Social Bakers bermula November 2014 sehingga hari ini.


Oh! Media juga merupakan pioneer yang menaikkan penjenamaan “OH” di dalam pelbagai projek yang kami keluarkan sejak tahun 2008 hingga kini di mana telah menjadi satu trend dan ikutan ramai pada hari ini. Dengan medium pemasaran sedia ada yang amat popular, lebih banyak projek baru yang akan kami terbitkan dari semasa ke semasa dan seterusnya memberikan medium terbaik kepada pemasaran produk dan perniagaan rakyat Malaysia pada kadar terendah dan berkesan.


Oh! Media dimulakan oleh seorang anak muda bernama Khai Hassan ketika usianya hanya 16 tahun dengan penjenamaan yang menjadi fenomena pada tahun 2004 iaitu SCUKZ yang bermula sebagai sebuah forum tempatan popular yang dikemudiannya dipecahkan kepada beberapa jenis blog berinspirasikan daripada sub-kategori yang ada di forums tersebut. Antara blog yang dipecahkan ketika itu termasuklah Justkhai, Oh! Artis, Oh! Tidak, Oh! Islam, Oh! Geekz, dan banyak lagi.



Pada tahun 2016, semua website ini digabungkan menjadi satu website rasmi sahaja iaitu www.ohmedia.my. Oh! Media kini adalah sebuah syarikat di daftarkan sebagai Oh Media Sdn Bhd dan terus mengorak langkah untuk menjadi sebuah syarikat bumiputera berdaya-saing dalam bidang media di Malaysia.


Kini, setelah hampir 10 tahun bermula di Kuala Lump, Oh Media Sdn Bhd telah mengembangkan lagi pasaran di Malaysia dengan membuka pejabat baru di Seremban sekaligus mempamerkan idea-idea baru melalui kakitangan yang lebih muda dan segar di dalam industri media dan pemasaran di Malaysia.



Kami boleh dihubungi melalui emel: support@ohmedia.my
Dikuasakan oleh Blogger.