Rambut Sering Berkelemumur, Gugur, Berminyak & Berbau Kerana Pakai Hijab? Jangan Risau! Kini Anda Boleh Tampil Dengan Lebih Yakin & Bergaya - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Rambut Sering Berkelemumur, Gugur, Berminyak & Berbau Kerana Pakai Hijab? Jangan Risau! Kini Anda Boleh Tampil Dengan Lebih Yakin & Bergaya


Keyakinan yang tinggi dalam diri seorang wanita semestinya bermula dengan kecantikan dimana ia merangkumi dalaman dan luaran. Kecantikan dalaman sudah tentu dari akhlaknya manakala luaran pula dapat dilihat dari segi penampilan seseorang.

Ramai orang menyangkakan bahawa wanita berhijab ini adalah semata-mata ingin menyembunyikan rambut yang bermasalah. Tahukah anda? Wanita berhijab juga masih amalkan penjagaan rambut seperti orang lain kerana ia ibaratkan seperti mahkota wanita.

Memang tidak menafikan apabila terdapat segelintir wanita mengalami masalah penjagaan rambut seperti kelemumur, berminyak, gugur, kusam, menggerbang, kegatalan pada kulit kepala dan berbau kerana memakai hijab.

Jangan risau lah! Kini Safi Shayla memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Safi Shayla Mist Parfum Rambut & Hijab yang akan membuatkan kita tampil dengan lebih yakin dan bergaya apabila berada di luar rumah.


Safi Shayla Mist Parfum Rambut & Hijab ini terdapat dalam 4 variasi, iaitu Hair Fall & Oil Control, Dandruff & Itch Control, Fresh & Shine dan Soft & Smooth yang mengandungi Organic Habbatus Sauda Oil dan Pro-Vitamin B5. Ia boleh dibawa ke mana sahaja anda pergi kerana ia bukan setakat mewangikan rambut anda, malah ia juga akan membantu untuk merawat rambut anda.

Mudah je nak guna Safi Shayla Mist Parfum Rambut & Hijab. Apa yang perlu anda buat adalah spray di bahagian rambut anda bagi mengekalkan nutrient dan pelembap supaya dapat menghasilkan rambut yang menawan. Seterusnya, anda perlu spray di hijab anda yang telah dipakai bagi mengekalkan kewangian dalam tempoh masa yang lama.

Jadi, sebenarnya Safi Shayla Mist Parfum Rambut & Hijab adalah merupakan jalan penyelesaian bagi masalah yang anda hadapi selama ini dan jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah yang bernilai RM20,000 dengan menyertai cabaran #SISREDAHJE dari 1 September hingga 31 Oktober 2020.


Caranya ialah anda perlu mengikuti SAFIMALAYSIA di aplikasi Tiktok. Rakamkan video kreatif anda dengan menggunakan produk Safi Shayla dan letakkan lagu #SISREDAHJE. Akhir sekali, muatnaik video anda di aplikasi Tiktok bersertakan kapsyen #SISREDAHJE. Mudah kan?


Anda kini boleh dapatkan Safi Shayla Mist Parfum Rambut & Hijab ini di kedai yang terpilih ataupun beli secara di atas talian di sini.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari website rasmi Safi Shayla, https://safi.com.my/sisredahje/

Dikuasakan oleh Blogger.