(Video) UEFA Nations League : Perancis Kembali Menewaskan Croatia - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) UEFA Nations League : Perancis Kembali Menewaskan Croatia


Juara Piala Dunia 2018, Perancis berjaya mengulangi kejayaan untuk menewaskan Croatia 4-2 di saingan UEFA Nations League awal pagi tadi. Beraksi di tempat sendiri pasti memberi sedikit kelebihan buat Perancis walaupun bermain tanpa penyerang utama, Kylian Mbappe akibat dijangkiti Covid-19.


Bekas pemain Liverpool, Dejan Lovren berjaya membuka tirai jaringan buat Croatia hasil rembatan padu pada minit ke-16. Walaubagaimanapun, Perancis kembali melakukan comeback dengan 2 jaringan 5 minit sebelum tamat separuh masa pertama menerusi Griezmann dan Martial.


Bersambung separuh masa kedua, Croatia berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-55 melalui gerakan solo Josip Brekalo sebelum beliau melepaskan rembatan ke gawang gol Perancis. 10 minit kemudian giliran pemain muda RB Leipziq, Upamecano meletakkan Perancis di depan hasil tandukan menarik untuk menewaskan Livakovic.


Penyerang Chelsea, Olivier Giroud menutup malam kegemilangan Perancis selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-77. Keputusan ini menyaksikan Perancis berada di tempat kedua kumpulan 3 dan berkongsi mata dengan Portugal.

OHMEDIA: PERANCIS MAMPU MENJADI JUARA JIKA KEKAL DENGAN AKSI BEGINI

+ Baca respon pembaca Perancis sekali lagi tewaskan Croatia, kali ini di UEFA Nations League di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.