Sandra Dianne Terbabit Kemalangan, Tidak Sedarkan Diri Bersama Seorang Lagi Mangsa - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Sandra Dianne Terbabit Kemalangan, Tidak Sedarkan Diri Bersama Seorang Lagi Mangsa


Petang semalam, Sandra Dianne yang merupakan seorang penyanyi popular dengan lagu ‘Hey Kau’ terbabit dalam kemalangan dan dimasukkan ke bilik kecemasan di Hospital Putrajaya.

Menerusi petikan dari Harian Metro, wakil dari sebuah syarikat rakaman iaitu Vea mengatakan yang Sandra dan seorang lagi mangsa dalam perjalanan ke latihan program Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dari rumah sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Vea juga berkata yang punca kemalangan itu masih belum diketahui lagi. Ohmedia harap Sandra dan seorang lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan tu cepat sembuh dan dipermudahkan semuanya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon Sandra terlibat dalam kemalangan di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.