Nelayan Vietnam Kurang Ajar, Langgar Bot Ronda APMM Untuk Elak Ditangkap - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Nelayan Vietnam Kurang Ajar, Langgar Bot Ronda APMM Untuk Elak Ditangkap


Kes pencerobohan nelayan-nelayan warga asing bukanlah perkara baru. Ini dilakukan demi mengaut keuntungan lebih mereka sanggup mencuri hasil laut negara kita. Terbaru, sebuah bot nelayan Vietnam bertindak sedemikian, malahan turut bertindak agresif dengan melanggar bot ronda APMM Kudat hingga bot berkenaan rosak di beberapa bahagian.

Pengarah APMM Zon Maritim Kudat, Komander (M) Boon Chin Chau, kejadian berkenaan berlaku apabila bot ronda APMM mengesan rsebuah bot nelayan tanpa nombor pendaftaran sedang melakukan penundaan pada jam 7.30 pagi di kedudukan 12.8 nautika timur laut Pulau Malawali.

Menurut Komander (M) Boon Chin Chau, tekong bot tidak memberi kerjasama ketika dihampiri dan dan diarah berhenti oleh anggota APM. Malahan bot berkenaan bergerak laju dan menyebabkan bot ronda bertindak mengekori bot berkenaan. 

Sumber gambar dari Harian Metro
Ketika bot ronda cuba merapati bot nelayan berkenaan, tekong bot berkenaan tiba-tiba mengubah haluan  dan bertindak agresif dengan melanggar bot ronda milik APMM. Walaubagaimanapun bot nelayan berkenaan berjaya ditahan setelah hampir setengah jam cuba memintas bot nelayan Vietnam tersebut.

Pemeriksaan mendapati bot berkenaan mempunyai hasil tangkapan dengan anggaran berat 200 kilogram serta 6,000 liter diesel dengan nilai rampasan hampir RM500,000. Pemeriksaan juga turut mendapati tekong dan empat awak-awak tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tiga lagi tidak memiliki pasport.

OHMEDIA: PENTINGNYA PERANAN APMM SELAIN TLDM TERUTAMA DALAM MENJAGA PERAIRAN NEGARA DARI DICEROBOH OLEH ORANG LUAR.

Kredit: Harian Metro





Dikuasakan oleh Blogger.