Kereta Sandra Brek Mengejut Dan Rempuh 3 Kenderaan Lain Sebelum Terbabit Dalam Kemalangan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Kereta Sandra Brek Mengejut Dan Rempuh 3 Kenderaan Lain Sebelum Terbabit Dalam Kemalangan


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan sebuah kemalangan yang membabitkan penyanyi Sandra Dianne yang juga merupakan peserta program Big Stage 3 bersama seorang lagi mangsa. Menurut Harian Metro, kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbalik selepas brek mengejut kira-kira jam 2.30 petang kelmarin di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite).

BACA : Sandra Dianne Terbabit Kemalangan, Tidak Sedarkan Diri Bersama Seorang Lagi Mangsa


Mereka yang menaiki kereta jenis Great Wall itu kemudiannya melanggar sebuah kereta dihadapan akibat hilang kawalan dan melanggar dua lagi kenderaan lain sebelum terbalik. Sandra dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya kerana mengalami kecederaan di kepada dan tidak sedarkan diri. Seorang lagi mangsa yang turut bersamanya itu hanya menerima rawatan pesakit luar.

Sandra sebenarnya dalam perjalanan pergi ke latihan penuh konsert Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya sebelum terbabit dalam kemalangan. Ohmedia berharap Sandra cepat sembuh dan kembali perform seperti sediakala.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca kereta Sandra brek mengejut di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.