Jurgen Klopp Ingatkan Chelsea, Belanja Besar Belum Tentu Julang Trofi - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Jurgen Klopp Ingatkan Chelsea, Belanja Besar Belum Tentu Julang Trofi


Tindakan Chelsea yang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan beberapa pemain mengundang respon pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp. Klopp mengingatkan seteru utama mereka bahawa langkah mereka berbelanja besar untuk mendapatkan pemain terbaik bukan jaminan untuk mereka julang trofi musim depan.

Chelsea muncul kelab paling banyak berbelanja dengan jumlah £200 juta atau RM1.06 bilion bagi mendapatkan Timo Werner, Kai Havertz, Hakim Ziyech dan Ben Chilwell selain perpindahan percuma Thiago Silva dari PSG. Kelab itu turut dikuatkan dengan penjaga dari Rennes, Edouard Mendy.

Sumber gambar dari Google
Manakala Klopp percaya bahawa barisan sedia ada Liverpool sudah cukup kuat untuk musim akan datang meskipun hanya membeli seorang pemain baharu, Kostas Tsimikas. Pasukan Liverpool muncul juara Liga Perdana dibawah kendalian bekas pengurus Dortmund berkenaan selepas kemarau kejuaraan berkenaan selama 30 tahun.

OHMEDIA: YAKINNYA KAMU, KAH! JANGAN TERCIDUK PERTENGAHAN MUSIM DAHLAH KLOPP OI... 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Jurgen Klopp beri respon belanja besar Chelsea keatas pemain di Facebook Oh! Media



Dikuasakan oleh Blogger.