DBKL Kekal Peraturan Kedai Boleh Beroperasi Sehingga 12 Malam Sahaja - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

DBKL Kekal Peraturan Kedai Boleh Beroperasi Sehingga 12 Malam Sahaja


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memutuskan untuk mengekalkan had operasi perniagaan  sehingga 12 malam sahaja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP. Perkara ini diputuskan pada mesyuarat Pengurusan Krisis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semalam.

Pihak DBKL berbuat sedemikian bertujuan untuk memudahkan pihaknya melakukan pemantauan SOP bersama agensi lain yang berkaitan. Bagi memastikan perkara ini berjalan lancar, pihak DBKL berharap agar pemilik premis mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Sumber gambar dari NST
Sebelum ini, Menteri Kluster Keselamatan, Dato’ Ismail Sabri mengumumkan keloanggaran permis perniagaan seperti kedai makan dan kedai serbaneka beroperasi sehingga jam 2 pagi. Perkara ini dibuat setelah menerima rungutan pemilik perniagaan yang mengatakan perniagaan mereak sedikit terjejas dengan peraturan berkenaan.

OHMEDIA: KEKAL SUNYILAH KL LEPAS NI. HARAP ADA MEKANISMA TERBAIK UNTUK PENIAGA-PENIAGA SEKITAR WILAYAH KUALA LUMPUR.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca DBKL kekal benarkan perniagaan beroperasi sehingga 12 malam sahaja di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.