Orang Nogori Sembilan Handa! Viral Pula Budak Bawa Treler HINO - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Orang Nogori Sembilan Handa! Viral Pula Budak Bawa Treler HINO


Handa betul orang Nogori Sembilan ni. Kenapa Ohmedia cakap macam ni? Haa, kalau semalam viral budak lelaki umur 9 tahun bawa Proton Saga bapa dekat Rembau, hari ni viral pula kanak-kanak lain memandu lori treler yang dipercayai berlaku di Seremban.

Video ini tersebar melalui aplikasi Whatsapp berdurasi 1:18 minit di mana kanak-kanak terbabit membawa lori treler jenis HINO.

Bagaimanapun, pihak polis sekarang sedang memburu pula bapa kepada kanak-kanak pandu treler terbabit.

Hasil semakan lanjut mendapati kejadian tersebut adalah berlaku di kawasan Rantau, Seremban. Oleh yang demikian, satu laporan polis telah diterima berkait video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak tersebut dengan cuai membiarkan anak bawah umur memandu lori treler. - Kata Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Bin Ibrahim.

Jika berlaku kes seperti ini, ia akan disiasat di bawak seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.


Kredit: Ibu Pebat Polis Daerah Seremban

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.