Bapa Kepada Budak Lelaki Viral Yang Bawa Treler Dibebaskan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Bapa Kepada Budak Lelaki Viral Yang Bawa Treler Dibebaskan


Baru-baru ini hangat diperkatakan tentang seorang budak lelaki yang berusia 11 tahun memandu treler jenis HINO yang berlaku di Negeri Sembilan kan? Menerusi petikan dari Berita Harian, bapa kepada budak itu telahpun dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

BACA : Orang Nogori Sembilan Handa! Viral Pula Budak Bawa Treler HINO


Siasatan ke atas kejadian itu telahpun dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Bapa kepada budak lelaki itu yang berumur 39 tahun direman selama dua hari sebelum ini kata Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim.

Sentiasalah jaga dan pantau anak-anak dengan baik, kita taktahu apa yang mereka buat sama ada secara langsung ataupun di belakang kita.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca bapa budak bawa treler dibebaskan di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.