Agrobank Pahang Dakwa Tak Pernah Lulus Permohonan Pekebun Haram - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Agrobank Pahang Dakwa Tak Pernah Lulus Permohonan Pekebun Haram


Hangat sebelum ini mengenai isu pekebun-pekebun durian haram di Raub, Pahang yang diberi notis untuk mengosongkan tanah milik kerajaan negeri. Tindakan kerajaan negeri itu telah menyebabkan mereka berhimpun diperkarangan Kompleks Mahkamah Indera Mahkota untuk menyerahkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.

Ini menyebabkan penggantungan notis pengosongan dikeluarkan bagi mendengar permohonan berkenaan pada 28 Oktober.Agrobank Pahang pula mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka tidak pernah meluluskan sebarang permohonan pembiayaan kewangan yang dibuat oleh pekebun-pekebun berkenaan.

Sumber gambar dari Google Map
Tambahnya, syarat utama permohonon memerlukan geran tanah yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG). Pengarah Agrobank Wilayah Pahang Safaruddin Samsuddin menegaskan bahawa pihaknya tidak berkompromi dengan pekebun-pekebun haram raja buah berkenaan.

OHMEDIA: HARAP KERAJAAN NEGERI PAHANG BERTEGAS DALAM ISU INI. 

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca pihak Agrobank Pahang dakwa tak pernah lulus pembiayaan kewangan di Facebook Oh! Media




Dikuasakan oleh Blogger.