Wang Tidak Dituntut Patut Jadi Sumber Kerajaan, Suntikan Untuk PENJANA - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Wang Tidak Dituntut Patut Jadi Sumber Kerajaan, Suntikan Untuk PENJANA


Kerajaan telah membelanjakan sejumlah dana untuk memastikan ekonomi dalam negara kekal rancak setelah mundur beberapa ketika akibat pandemik. Timbul cadangan agar kerajaan menggunakan Wang Tidak Dituntut sebagai suntikan dana dalam ekonomi.

Wang Tidak Dituntut ini termasuklah gaji, bonus, komisen dan pembayaran lain yang dibuat kepada pekerja, dividen serta keuntungan diisytiharkan untuk pengagihan, tuntutan insurans, simpanan tetap matang dan baki kredit simpanan tidak aktif.

Ia timbul setelah melihat nilai wang yang tidak dituntut pada tahun 2019 dekat RM9 billion, hampir sama dengan suntikan langsung Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) berjumlah RM10 billion. Boleh dikatakan wang tidak dituntut ini adalah satu perlima dari nilai suntikan kumulatif, RM45 billion.

Sumber gambar dari The Sentral
Namun ianya tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Jika kerajaan mahu menggunakannya, Akta Wang Tak Dituntut 1965 perlu dipinda dan diganti rang undang-undang baharu. Bagi membolehkan Akauntan Negara sekaligus sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut memindahkan wang berkenaan kepada dana kerajaan secara sah, tanpa sebarang halangan.

Tindakan sebegini pastinya mengundang rasa kurang senang sebahagian rakyat, menganggap ianya sebagai satu bentuk ‘pencurian’. Dibawah Akta Wang Tidak Dituntut 1965, wang ini dijaga oleh kerajaan sebagai pemegang amanah melalui Pendaftar Wang Tidak Dituntut.

Dipetik dari Berita Harian, berdasarkan prinsip common law, kerajaan berhak secara sah mengguna atau mengurus wang tidak dituntut ini dengan apa cara sekalipun, asalkan dianggap sesuai dan tidak bertentangan Perlembagaan, kepentingan awam atau hal ehwal moral.

Sumber gambar dari New Mandala
Yang jelas, ia perlu dibahaskan di Parlimen terlebih dahulu, termasuklah meminda Akta Wang Tidak Dituntut 1965, bukan atas arahan menteri secara terus. Tujuannya adalah untuk memperluas penerapan Program Subsidi Gaji dengan menyasarkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Ini termasuklah memberi bantuan kepada golongan B40, misalnya untuk membeli keperluan seharian.

OHMEDIA: SEKIRANYA IA MAHU DIJALANKAN, KERAJAAN PERLU MENDAPATKAN PERSETUJUAN RAKYAT TERLEBIH DAHULU. PASTINYA AKAN ADA GOLONGAN YANG MENYOKONG DAN MENENTANG.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca wang tidak dituntun patut jadi sumber kerajaan di Facebook Oh! Media



Dikuasakan oleh Blogger.