(Video) "Maafkan Saya" - Daud Kim Perjelaskan Kisah Sebenar Selepas Viral Semula Dakwaan Cubaan Merogol - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) "Maafkan Saya" - Daud Kim Perjelaskan Kisah Sebenar Selepas Viral Semula Dakwaan Cubaan Merogol


Ohmedia yakin ramai yang mengikuti perkembangan seorang YouTuber terkenal dari Korea Selatan, Daud Kim yang sejak dia memeluk Islam dan mula mempelajari agama ini sedikit demi sedikit.

Bagaimanapun, baru-baru ini tersebar video yang mendakwa dirinya dalam keadaan mabuk dan cuba melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita dan video terbabit disebarkan melalui satu akaun YouTube.

Bagaimanapun, Daud Kim tampil menjelaskan perkara sebenar dan mengatakan ia berlaku sebelum dia bertaubat dan memeluk agama Islam.

Jadi pada 27 Jun yang lalu, saya telah mabuk seorang diri di kelab di Hongdae dan disana, saya berjumpa dengan 2 orang wanita. Kami berbual dan bertukar teks dan beberapa jam kemudian, saya menghantar mesej kepada salah seorang daripada mereka yang saya ingin berjumpa.

Dia memberikan alamat dan membenarkan saya datang ke rumahnya kerana pada ketika itu saya sangat mabuk dan berada dalam kondisi yang tidak normal.

Selepas mereka membuat laporan polis, mereka mendakwa saya cuba melakukan gangguan seksual. Oleh itu, saya telah disiasat oleh pihak polis. Pada mulanya saya sangka saya tidak melakukan apa-apa kerana saya tidak ingat. Dan saya juga yakin saya bukanlah seorang yang jahat.
- Jelasnya.

Daud Kim juga mengatakan yang mangsa sebelum ini sudah bersetuju untuk tidak mendakwa atas apa-apa kesalahan sivil atau jenayah. Mangsa juga menyatakan yang dia tidak mahu menghukum Daud Kim atas kes tersebut. Tetapi sekarang lain pula jadinya.


Walaubagaimanapun, Daud Kim meminta maaf kepada semua pengikutnya dan memberi jaminan yang dia tidak mengambil minuman beralkohol lagi sejak memeluk Islam.

Kredit: Daud Kim

+ Baca respon pembaca yang mengikuti penjelasan Daud Kim di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.