Terkena Renjatan Elektrik, Gitaris Profesional Dan Kakaknya Meninggal Dunia - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Terkena Renjatan Elektrik, Gitaris Profesional Dan Kakaknya Meninggal Dunia


Dipercayai terkena renjatan elektrik dari alat pemanas air, seorang gitaris profesional Eddy Malmsteen atau nama sebenarnya Wan Radzie Wan Othman meninggal dunia. Kejadian itu juga meragut nyawa kakak kepada Eddy iaitu Wan Zunira kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Pihak Polis Daerah Gombak menerima laporan yang terdapat seorang lelaki dan wanita sudah terbaring serta seorang budak lelaki dalam keadaan yang lemah di rumah Batu 11, Jalan Lama Gombak.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Polis Daerah Gombak iaitu Asisten Komisioner Arifai Tarawe mengatakan yang kematian lelaki dan wanita itu disahkan selepas pihak ambulans tiba ditempat kejadian dan dipercayai terkena renjatan elektrik.

Menerusi petikan dari Berita Harian, budak lelaki yang berumur 3 tahun tu dihantar ke Hospital Selayang untuk dapatkan rawatan. Salam takziah dan semoga keluarga mereka tabah atas kehilangan orang tersayang.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca gitaris profesional meninggal dunia di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.