Tempoh Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Dilanjutkan 3 Bulan Lagi - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Tempoh Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Dilanjutkan 3 Bulan Lagi


Ini pastinya melegakan ramai bekas graduan di luar sana terutama mereka yang mengambil pinjaman PTPTN apabila Kerajaan hari ini bersetuju melanjutkan lagi tempoh bayaran balik pinjaman untuk tempoh 3 bulan yang sepatutnya tamat pada penghujung September.

Keputusan ini diambil selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan pelanjutan moratorium dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad memaklumkan keputusan ini akan memakan kos sebanyak RM375 juta.

Ini bermakna jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik adalah sebanyak RM1.13 bilion. Semua peminjam PTPTN akan diberikan penangguhan bayaran balik pinjaman secara automatik tanpa perlu membuat sebarang permohonan sebagaimana pelaksanaan penangguhan sebelum ini. Sekiranya ada peminjam ingin meneruskan bayaran balik pinjaman, mereka boleh berbuat demikian melalui saluran bayaran balik secara dalam talian yang disediakan. - Katanya.

Jadi rancanglah kewangan korang dengan sebaiknya. Jangan gunakan bantuan yang diberikan kerajaan ini sebagai jalan untuk korang bersuka ria dan boros.

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh terus ke www.ptptn.gov.my.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ini langkah terbaik membantu bekas graduan di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.