Pemuda Sosialis DAP Tampal Tulisan Cina Boleh Timbulkan Ketegangan Kaum - Timbalan Ketua Pemuda PBB - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Pemuda Sosialis DAP Tampal Tulisan Cina Boleh Timbulkan Ketegangan Kaum - Timbalan Ketua Pemuda PBB


Hari ini kita digemparkan lagi dengan isu penampilan tulisan cina pada papan tanda jalan dan ini dilihat seperti sengaja untuk mengganggu keamanan dan mencetuskan ketegangan kaum di Malaysia.

Menurut laporan Berita Harian, perkara ini dilakukan oleh Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) yang menampal pelekat bertulisan Cina pada papan tanda jalan di sekitar bandar raya Kuching yang berniat menghasut.

Memetik pula kenyataan dari Fazzrudin Abdul Rahmah yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda, PBB yang melihat isu seperti ini tidak sepatutnya dimainkan kerana sesuatu kaum akan cepat bangkit ketika bangsa, agama dan budaya mereka dipergunakan untuk tujuan politik.

Pemuda PBB percaya semua rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, sayang akan bahasa dan budaya masing-masing, namun pada masa sama, semua kita harus menghormati perlembagaan dan bahasa kebangsaan.

Pemuda PBB kesal dengan tindakan mereka yang bukan sahaja tidak menghormati undang-undang, melakukan vandalisme secara terang-terangan terhadap papan tanda jalan di sekitar Kuching, malah mendabik dada dengan memviralkan (menularkan) perbuatan itu di media sosial.
- Jelasnya.

Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan agar tidak berlaku perkara yang tak diinginkan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang geram dengan isu ini di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.