Perlu Komitmen Dari Semua Pegawai & Anggota PDRM! Tak Bolah Harap KPN Sahaja! - PPIM - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Perlu Komitmen Dari Semua Pegawai & Anggota PDRM! Tak Bolah Harap KPN Sahaja! - PPIM


Berkenaan isu video pendedahan pusat judi di sekitar Sungai Buloh, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut memberikan pandangan yang untuk mencegah dan mengesan aktiviti haram ini tidak boleh hanya mengharapkan tindakan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.


Toki melihat, semua pegawai dan anggota PDRM harus menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan aktiviti haram ini berjaya dihapuskan sepenuhnya.

Beliau sememangnya amat serius sangat untuk menghapuskan elemen perjudian, namun memerlukan kerjasama daripada semua anak buahnya.

Sebagai contoh saudara Mohd Asri Hamid (Pengasas Hot Burger Malaysia) sudah beberapa kali membuat laporan dan membawa perkara itu kepada polis sejak tiga empat bulan lalu, namun tidak bergerak (tiada sebarang tindakan).

Tapi kita pun faham dia pun bukannya boleh buat kerja itu seorang diri...bukan mudah kerana ini sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat kita yang begitu terdedah pelbagai pengaruh, ancaman dan pelbagai benda lain.

Jadi apabila timbul isu ini rakyat bersuara dan ini mungkin satu hasil dan pendedahan tentang sesuatu isu sebenar.
- Katanya.

Seingat kami, dulu kita selalu mendengar tentang program Rakan Cop di mana masyarakat boleh berhubung dan menyampaikan maklumat kepada pihak polis jika mengetahui apa-apa aktiviti yang mencurigakan.

Program Rakan Cop ini harus dikaji dan dikuasakan semula dan memastikan agar pemberi maklumat terutama rakyat biasa dijamin keselamatan mereka.

Kita tidak mahu masyarakat menjadi takut untuk berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa apabila mengetahui maklumat penting kerana takut keselamatan mereka terabai. Jika perkara ini berlaku, kesannya lebih teruk kerana kumpulan sindiket ini akan lebih berleluasa dan melakukan sesuka hati mereka di dalam negara kita.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang merasakan program Rakan Cop ini bagus di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.