Penyu Usia 40 Tahun Ditemui Mati Di Port Dickson, Cengkerang Pecah Dipercayai Terkena Pukat Atau Kipas Bot - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Penyu Usia 40 Tahun Ditemui Mati Di Port Dickson, Cengkerang Pecah Dipercayai Terkena Pukat Atau Kipas Bot


Menurut posting Pejabat Perikanan Negeri Sembilan di laman Facebook, seekor bangkai penyu jantan yang beranggaran berusia 40 tahun dijumpai hanyut di PD Waterfront, Port Dickson, Negeri Sembilan atas aduan orang awam.

Penyu yang ditemui dalam keadaan berbau dan mulai mereput itu dipercayai mati pada 4 atau 5 hari yang lalu dengan cengkerangnya pecah teruk yang kemungkinan terkena kipas bot atau pukat.

Berita menyedihkan. Seekor bangkai penyu agar (Chelonia mydas) jantan anggaran 150 kg dan anggaran berumur 40 tahun dijumpai hanyut di PD Waterfront atas aduan orang awam.

Keadaan bangkai yang mulai mereput dan berbau telah dipercayai mati 4 - 5 hari lalu dengan cangkerang pecah teruk. Kemungkinan penyu ini mati terkena pukat atau terkena kipas bot.

DOF mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang prihatin dan melaporkan penemuan penyu ini. Please save our turtles.


Alahai, kesian betul tengok nasib si penyu tu. Ohmedia cuma nak nasihatkan kepada nelayan dan kaki memancing di luar sana bahawa sayangilah hidupan laut dan selamatkanlah penyu yang ada dekat laut tu.

OHMEDIA: SEDIH BETUL OHMEDIA TENGOK CARA PENYU TU MATI.

Kredit: Facebook



Dikuasakan oleh Blogger.