Bengang Dengan Tindakan Pemilik Nasi Kandar, Penduduk Bertindak Menyaman Individu Punca Kluster Berkenaan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Bengang Dengan Tindakan Pemilik Nasi Kandar, Penduduk Bertindak Menyaman Individu Punca Kluster Berkenaan


Individu pencetus kluster terbesar, Kluster Sivagangga sebelum ini telah didenda oleh mahkamah kerana ingkar arahan untuk menjalani kuarantin di rumah. Dia yang juga pemilik restoran nasi kandar dipenjara selama 5 bulan serta membayar denda sebanyak RM12,000.

Namun ianya tidak terhenti disitu apabila penduduk sekitar Napoh termasuk peniaga dan NGO mahu bertindak pemilik nasi kandar berkenaan sebanyak RM1 juta. Dikatakan tuntutan saman berkenaan akan dibuat minggu depan berdasarkan nasihat peguam.

Sumber gambar dari FMT
Jelas Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake) Mohamad Yusrizal Yusoff yang bertindak mengumpulkan penduduk termasuklah peniaga dan NGO berkenaan menjelaskan tujuan mereka berbuat sedemikian adalah untuk memberi pengajaran kepada mereka yang sedang menjalani kuarantin agar tidak mengingkari arahan sewenang-wenangnya.

OHMEDIA: SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA. LEPAS KENA DENDA DENGAN PENJARA, KENA PULA SAMAN DENGAN PENDUDUK RM1 JUTA.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca penduduk saman pemilik nasi kandar RM1 juta di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.