Netizen Banding Ajai Dengan Judika, Dakwa Judika Lebih Baik Sebagai Juri - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Netizen Banding Ajai Dengan Judika, Dakwa Judika Lebih Baik Sebagai Juri


Masih panas mengenai tindakan Ajai yang memberikan markah terendah kepada seorang perserta menyebabkan dia dikecam teruk oleh netizen. Dalam rancangan berkenaan, Ajai telah memberi markah terendah kepada Dr Hafiz atas nyanyian yang didakwa out of tune.



Berang dengan sikap Ajai berkenaan, sebuah petisyen telah dilancarkan bagi menyingkirkan Ajai dari menjadi juri kepada rancangan berkenaan. Ada yang mendakwa, tindakan berkenaan adalah sebagai marketing untuk mempromosikan rancangan berkenaan yang sudah memasuki musim kedua.



Perkara ini berurutan sehingga netizen membandingkan Ajai dengan penyanyi terkenal negara jiran Indonesia, Judika. Judika sebelum ini pernah menjadi juri Indonesia Idol kembali mendapat perhatian apabila dia bukan sekadar menjadi juri, bahkan pembimbing kepada peserta dengan menunjukkan teknik dan cara yang sepatutnya melalui video yang tersebar di media sosial.



Video berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial. Ada yang memuji tindakan Judika dan mengecam bagai tindakan Ajai memberi markah rendah.







OHMEDIA: LAIN ORANG LAIN CARA, LAIN ORANG LAIN SUARA. BTW SUARA JUDIKA SEMEMANGNYA MANTOP, KAH!

Kredit: Twitter @SkipperAd

+ Baca respon pembaca netizen buat banding Ajai dengan Judika di Facebook Oh! Media



Dikuasakan oleh Blogger.