MBSA Dakwa Asri Janggut Berdegil & Tolak Tawaran Tapak Niaga Yang Diberi - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

MBSA Dakwa Asri Janggut Berdegil & Tolak Tawaran Tapak Niaga Yang Diberi


Lagi berkaitan isu Asri Janggut dan kali ini kenyataan datang dari pihak MBSA pula yang mendakwa pernah menawarkan tapak meniaga yang sah kepada Hot Burger Malaysia, tetapi ditolak.

Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan yang berkata MBSA menawarkan tapak meniaga di Jalan 1A/3 di Bandar Baru Sungai Buloh kepada Asri.

Untuk makluman, tindakan penyitaan itu diambil berikutan peniaga berkenaan meninggalkan peralatan perniagaan selepas selesai melakukan aktiviti perniagaan sehingga menyebabkan masalah lalu-lintas dan juga keselamatan pengguna jalan raya.

Sebelum ini, pihak MBSA sudah memberikan teguran dan nasihat kepada peniaga itu agar tidak meninggalkan peralatan selepas selesai melakukan perniagaan, namun teguran tidak diendahkan.
- Jelasnya.

Jadi apa pula yang terjadi selepas ini? Apa-apapun diharapkan isu ini dapat ditamatkan dengan penyelesaian yang terbaik.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti isu Asri Janggut di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.