Lim Guan Eng Mengaku Tak Bersalah Minta Rasuah 10 Peratus Keuntungan Projek - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Lim Guan Eng Mengaku Tak Bersalah Minta Rasuah 10 Peratus Keuntungan Projek


Malam tadi kecoh di media sosial tentang penahanan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng oleh pihak SPRM untuk pendakwaan mengenai pertuduan meminta suapa bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Guan Eng mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh Hakim Azura Alwi.

Kes ini terjadi sewaktu Guan Eng memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dan dikatakan telah meminta suapan sebagai balasan memberikan syarikat terbabit projek mega. Balasan berupa wang itu adalah sebanyak 10 peratus daripada keuntungan yang diperolehi kelak yang akan dimiliki pemilik projek Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Guan Eng dituduh melakukan kesalahan ini berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di Kuala Lumpur pada Mac 2011.

Guan Eng diwakili peguam Gobind Singh Deo dan Ramkarpal Singh.

Jika disabitkan bersalah, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti kes ini di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.