Korang Peniaga Terjejas Akibat Covid-19? Ini Peluang Rebut Iklan Percuma RM500k! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Korang Peniaga Terjejas Akibat Covid-19? Ini Peluang Rebut Iklan Percuma RM500k!


Prihatin dengan impak Covid-19 terhadap perniagaan kecil diusahakan peniaga pelbagai lapisan masyarakat, syarikat media digital dan pemasaran media sosial, iMedia Asia mengumumkan pengagihan RM500,000 dalam bentuk inventori media bagi meringankan beban peniaga terbabit.

Inisiatif #BinaBersama ini diharapkan dapat membantu pengusaha-pengusaha produk mahupun perkhidmatan bagi mencetuskan kembali momentum perniagaan masing-masing dengan iklan percuma di platform iMedia.

Peruntukan RM500,000


Platform yang terlibat adalah Oh! Media, portal berita sosial mempunyai dengan 3.6 juta pengikut di Facebook, Goody25.com, serta Ittify, platform pempengaruh sosial (social influencer) yang menghimpunkan 6000 influencer Malaysia.

Perniagaan akan disaring dan dipilih penganjur #BinaBersama bermula pada bulan ini, (Ogos 2020) sehingga peruntukan RM500,000 dibelanjakan sepenuhnya. Siapa cepat dia dapat!

Macam mana nak join?


Pemilik perniagaan yang memenuhi syarat ditetapkan boleh mengisi borang di SINI untuk pendaftaran. Pihak iMedia akan menyenarai pendek perniagaan yang layak dan mencadangkan platform terbaik untuk tujuan pengiklanan perniagaan.

Selain itu, orang ramai juga boleh mencadangkan perniagaan yang dirasakan layak untuk dibantu kepada pihak iMedia. So apa tunggu lagi?
Dikuasakan oleh Blogger.