Baru Beri Amaran Terakhir, KP Johor Berjaya Tahan 4 Suspek Pasang Jalur Gemilang Terbalik - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Baru Beri Amaran Terakhir, KP Johor Berjaya Tahan 4 Suspek Pasang Jalur Gemilang Terbalik


Sebelum ini Ohmedia ada naikkan satu artikel yang menunjukkan Ketua Polis Johor tidak akan menerima lagi sebarang permohonan maaf dari mana-mana pihak yang memberi alasan tak perasan memasan Jalur Gemilang secara terbalik.

Hari ini, Polis Johor telah melaporkan pihak mereka telah menahan empat orang individu termasuk seorang lelaki warga Bangladesh.


Penangkapan ini adalah untuk kes pemasangan Jalur Gemilang terbalik yang berlaku di kilang perabot di Kawasan Perindustrian Terbrau petang semalam.

Semua suspek ditahan untuk diambil keterangan dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama tempoh dua tahun atau denda atau kedua-duanya, selain turut disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100. - Tegas Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Sebelum ini pemasangan Jalur Gemilang terbalik berlaku di sebuah sekolah di Kluang dan Datuk Ayob telah menyatakan bahawa itu adalah amaran terakhir bagi pihaknya dan tidak akan menerima lagi sebarang permohonan maaf untuk kesalahan itu memandangkan negara sudah merdeka 63 tahun.

Sekiranya orang awam mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi Bilik Gerakan Kontinjen Johor di talian 07-2254 074.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang geram dengan kes Jalur Gemilang terbalik di Facebook Oh! Media.




Dikuasakan oleh Blogger.