Kes Rasuah, Tiga Anggota Polis Direman Termasuk Ketua Balai - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Kes Rasuah, Tiga Anggota Polis Direman Termasuk Ketua Balai


Belum reda mengenai isu rasuah membabitkan pihak berkuasa di Sungai Buloh, timbul pula kes tiga orang anggota polis termasuklah ketua balai yang ditahan dan direman untuk membantu siasatan membabitkan kes rasuah. Dipercayai ketiga-ketiga mereka meminta dan menerima rasuah dari pemilik perniagaan yang melanggar PKP bagi mengelakkan pemilik berkenaan membayar denda yang sepatutnya.

Sumber gambar dari Sinar Harian
Ketika serbuan dilakukan di Balai Polis Tengkera, sejumlah wang sebanyak RM6,000 ditemui tersimpan di pejabat salah seorang dari mereka. Majistret Lee Kim Keat telah mengeluarkan perintah reman ke atas mereka sehingga Sabtu. Perkara ini dibuat selepas SPRM kemukakan permohonan berkenaan dibawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

OHMEDIA: BENDA-BENDA MACAM ROSAKKAN IMEJ DAN INTEGRITI BADAN KEPOLISAN, BUATKAN ORANG RAMAI HILANG RASA HORMAT PADA PIHAK POLIS SEBAGAI BADAN PELAKSANA UNDANG-UNDANG.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca tiga anggota polis termasuk ketua balai direman berhubung kes rasuah di Facebook Oh! Media






Dikuasakan oleh Blogger.