Hukum Solat Di Hadapan Gambar - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Hukum Solat Di Hadapan Gambar


SOALAN 


Ohmedia dapat rasakan ada di antara kita pernah menunaikan solat di hadapan gambar yang digantung pada dinding. Jadi, adakah solat kita sah?


JAWAPAN 


Jika sembahyang seorang itu sempurna segala rukun dan syaratnya maka sembahyangnya itu sah.

Akan tetapi jika ketika dalam sembahyang dia melihat kepada perkara-perkara yang melalaikan seperti melihat pada gambar-gambar maka sudah tentu akan mengurangkan khusyuknya dan pahalanya.

Kerana itulah dimakruhkan sembahyang dalam keadaan melihat ke atas dan ke bawah atau ke kiri dan kanan. Sayugianya orang yang sembahyang itu hendaklah melihat kepada tempat sujud supaya tidak lalai hatinya.

Berkata Syeikh Nuh Ali Sulaiman :

الصلاة في هذه الحالة صحيحة، لكن يُكرَه للإنسان أن يصلِّي وأمامه ما يشغله مثل النار والصورة، وكذا التلفزيون
هذه صلاة صحيحة أو باطلة حسب توفُّر الأركان والشروط، أما الثواب فبحسب حضور القلب في الصلاة، وهذا لا يعلمه إلا الله تعالى.
وقد ابتلينا في هذا الزمن بكثرة الصور؛ ولذا ينبغي الاحتراز عنها وتجنُّب الصلاة أمامها، ولكن لا نحكم على من صلّى أمامها بالكفر ولا بالتشبُّه بعباد الأوثان


Artinya : “Bermula sembahyang atas kelakuan ini adalah sah akan tetapi dimakruhkan bagi seorang bahawa sembahyang dihadapan perkara yang melalaikannya seperti api dan gambar dan demikian juga televisyen.


Sembahyangnya ini samada sah atau batal adalah sekira-kira menyempurnakan segala rukun dan segala syarat. Ada pun pahala adalah sekira-kira hadir hatinya di dalam sembahyang dan ini hanya diketahui oleh Allah Taala.

Dan sungguhnya kita semua telah dijui pada zaman ini dengan banyaknya terdapat gambar. Dan kerana itulah sayugia oleh memelihara daripadanya dan mengelakkan dari sembahyang di hadapannya akan tetapi tidaklah dihukumkan sembahyang di hadapan gambar itu sebagai syirik dan tidak sampai diserupakan dengan menyembah berhala.” (Darul Ifta Jordan)

KESIMPULAN


Makruh sembahyang seorang mengadap kepada gambar samada yang ada pada dinding atau pada sejadah atau pada pakaian seseorang atau di depannya ada patung atau suatu yang boleh melalaikannya dari hadir hatinya di dalam sembahyangnya itu.

Wallahua’lam

Kredit : Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca hukum solat di hadapan gambar di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.