Guru Tuisyen Kantoi Curi 21 Pakaian Bernilai RM4,310 - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Guru Tuisyen Kantoi Curi 21 Pakaian Bernilai RM4,310


Menurut laporan Harian Metro, seorang guru tuisyen wanita disyaki mencuri 21 pakaian di sebuah butik dalam pusat beli-belah yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur semalam. Walaubagaimanapun, wanita tersebut telah ditahan oleh pihak polis selepas disedari pekerja butik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi mengatakan bahawa pada pukul 6.30 petang, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada penyelia butik.

Ketika penyelia terbabit membuat pemantauan di butik itu, dia melihat suspek dalam keadaan mencurigakan dan dilihat mengisi beberapa pakaian ke dalam beg butik berkenaan. Suspek berusia 28 tahun itu kemudiannya dilihat keluar dari butik itu tanpa membuat pembayaran menyebabkan penggera di pintu keluar berbunyi. 

Semasa pemeriksaan dilakukan, suspek gagal mengemukakan resit pembelian sebelum dia ditahan pihak pengurusan butik berkenaan bagi diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Apa yang lebih mengejutkan, suspek yang berusia 28 tahun itu mencuri 21 pakaian yang dianggarkan bernilai RM4,310 dan pihak polis telah berjaya merampaskannya.

Suspek direman selama dua hari bermula hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan jenayah di daerah ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di talian 03-22979222 untuk tindakan lanjut.

Agak-agak siapalah guru tuisyen tu kan? Tulah, lain kali jangan buat benda yang bukan-bukan, akhirnya kantoi juga perbuatan awak tu! Kan dah malu.

OHMEDIA: PSST! DENGAR CERITA SUSPEK TU INSTAFAMOUS.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.