Ernie & Syamel Mahu Lancar Lagu Duet Terbaru Di Majlis Perkahwinan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Ernie & Syamel Mahu Lancar Lagu Duet Terbaru Di Majlis Perkahwinan


Beberapa hari yang lalu, penyanyi Ernie Zakri dan Syamel memuatnaik beberapa gambar di laman sosial menunjukkan mereka sudah bertunang. Alhamdulillah, akhirnya termakbul juga doa daripada peminat.

Rupa-rupanya hubungan mereka ini mulai serius sejak tahun lalu apabila Ernie dan Syamel sedar dan yakin mereka saling mencintai selepas empat tahun berkenalan rapat.

Apapun, selagi tiada ikatan sah seperti pertunangan ini, kami tak mahu mengaku. Bagi saya, biarlah kami umum apabila betul-betul sudah capai kata sepakat. Sekarang, kami berdua dalam persediaan membuat persiapan perkahwinan yang dijangka berlangsung awal tahun depan.

Menurut laporan Harian Metro, Ernie berkata dia akan mengadakan dua majlis persandingan. Satu untuk keluarga dan saudara mara manakala lagi satu adalah untuk rakan artis dan media.

Apa yang pasti, majlis perkahwinan kami kena dirancang dengan sebaiknya mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerana wabak Covid-19 ini. Kami tak mahu nanti wujud pula kluster SyamelErnie. Jadi, kami sangat hati-hati kerana tidak mahu ada masalah atau perkara lain yang timbul selepas itu.

Selain itu, dia juga berkata lagu duet terbaru bersama tunangnya, Syamel sudah ada selepas bekerjasama untuk lagu Aku Cinta dan kemungkinan mereka mahu melancarkan pada majlis perkahwinan nanti.

Lagu duetnya sudah ada, tapi kami tak rakam lagi. Belum duduk berbincang pun dan kemungkinan kami mahu melancarkannya pada majlis perkahwinan nanti. Kiranya, lagu itu akan jadi lagu tema untuk perkahwinan kami. Malah, melodi dan lirik lagunya pun 'sweet sweet' yang menggambarkan perasaan bahagia dan gembira.

Wah, Ohmedia tak sabar nak dengar lagu terbaru diorang! Apapun, tahniah sekali lagi Ohmedia ucapkan kepada pasangan ini yang telah mengikat pertunangan di kediaman Ernie pada 15 Ogos lalu.

OHMEDIA: TAK SABAR NAK TENGOK ERNIE DAN SYAMEL NAIK PELAMIN!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.





Dikuasakan oleh Blogger.