Anak VIP Ditahan Langgar SOP Dalam Pub - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Anak VIP Ditahan Langgar SOP Dalam Pub


Malam Sabtu lalu, Seorang anak VIP yang tidak diberikan maklumat dirinya telah ditahan pihak polis selepas disyaki melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bersama 28 orang pengunjung yang lain dekat sebuah pub di Taman Tun Dr Ismail.

Pub tersebut melanggar SOP PKPP kerana masih beroperasi walaupun tidak dibenarkan. Hasil serbuan itu berjaya menahan seramai 20 orang lelaki dan 9 orang perempuan pada jam 1.20 pagi kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim. Lima orang pekerja disitu juga tidak terlepas dari ditahan pihak polis. Premis itu dikatakan tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Masih ada lagi premis yang tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan, dah lah tiada lesen perniagaan yang sah. Diharapkan semua pemilik perniagaan mampu mengikut SOP yang telah ditetapkan, sekaligus dapat mencegah wabak ini dari dijangkiti.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca anak VIP ditahan langgar SOP dalam pub.
Dikuasakan oleh Blogger.