131 Pelajar Perempuan Tahfiz Selamat Dalam Kebakaran, 40 Peratus Bangunan Musnah - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

131 Pelajar Perempuan Tahfiz Selamat Dalam Kebakaran, 40 Peratus Bangunan Musnah


Lagi sekolah asrama tahfiz terbakar dilaporkan. Kali ini kejadian berlaku di Maahad Tahfiz Selangor, Jalan Istana Lama, Kampung Bandar Banting Klang di mana asrama yang diduduki 131 pelajar perempuan telah terbakar.

Memetik laporan Harian Metro, semua 131 pelajar perempuan terbabit selamat dan pihak BOMBA telah menerima panggilan kecemasan itu seawal jam 5.49 pagi tadi.

Sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah asrama tahfiz wanita (bangunan kelas A). Bangunan empat tingkat dengan keluasan 30 x 100 kaki itu musnah terbakar sebanyak 40 peratus di tingkat empat. Kita dapati penghuni asrama wanita itu iaitu 131 orang pelajar sudah keluar dan berkumpul di kawasan tempat selamat. - Kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Selangor.

Setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan. Bersyukur kerana tidak berlaku sebarang kemalangan jiwa.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang terkejut mendengar berita ini di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.