Vivo Bakal Bawa Masuk Siri X50, Tawarkan Ciri Gimbal Untuk Rakaman Yang Lebih Baik - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Vivo Bakal Bawa Masuk Siri X50, Tawarkan Ciri Gimbal Untuk Rakaman Yang Lebih Baik


Vivo Malaysia baru jer mengesahkan yang tak lama lagi mereka akan lancarkan smartphone terbaru mereka dibawah siri X50 di Malaysia guys. Seperti yang Ohmedia share sebelum ni, siri X50 ni didatangkan dengan tiga varian tapi masih belum pasti sama ada Vivo Malaysia masukkan ketiga-tiga varian tersebut ataupun tidak.

BACA : Vivo X50, X50 Pro Dan X50 Pro+ Hadir Dengan Kemampuan Fotografi Menarik


Untuk Vivo dibawah siri X50 ni, ia memfokuskan dari aspek kamera yang stabil pada ketiga-tiga smartphone terbaru mereka iaitu Vivo X50, Vivo X50 Pro dan vivo X50 Pro+. Apa yang menariknya, smartphopne terbaru Vivo ni mempunyai ciri gimbal yang sangat baik untuk menghasilkan rakaman video yang sangat cantik berbanding jenama-jenama lain.


Mesti ramai peminat smartphone Vivo di luar sana tu yang tak sabar dengan kehadiran smartphone terbaru dari Vivo ni kan? Tambah lagi dia memang memfokuskan dari aspek fotografi. Apapun, kenalag tunggu sehingga 21 Julai nanti ya untuk mengetahui maklumat lanjut tentang harga dan sebagainya.

Kredit: Vivo Malaysia

+ Baca respon pembaca peminat smartphone Vivo di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.