Tular Video Infared Thermometer Penyebab Kanser? Doktor Ini Perjelas Isu Sebenar! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Tular Video Infared Thermometer Penyebab Kanser? Doktor Ini Perjelas Isu Sebenar!


Tular satu video yang mengatakan bahawa Infared thermometer mampu menjadi punca kepada penyakit kanser. Namun perkara berkenaan dinafikan oleh Kementeri Kesihatan melalui laman Twitter rasmi yang mengatakan bahawa alat berkenaan selamat digunakan. Maka telah tampil seorang individu bergelar seorang doktor menjelaskan isu berkenaan.



Shazwan Sazali melalui Twitter miliknya menegaskan bahawa dakwaan berkenaan adalah tidak tepat kerana tiada bukti dan penjelasan berasaskan penelitian. Beliau menjelaskan bahawa thermometer yang disebut sebagai “non-contact infared thermometer (NCITs)’ berkenaan digunakan bagi mengurangkan risiko cross-contamination dan sekaligus penyebaran virus.

Sumber gambar dari tangkapan layar Twitter
Jelasnya lagi, NCITs digunakan kerana ia mudah diguna dan dibersihkan serta mengukur suhu dengan kadar lebih cepat. Tambahnya lagi, penggunaan NCITs perlulah ditembak selari dengan dahi serta individu berkenaan kekal tidak bergerak. Beliau menjelaskan bahawa, alat berkenaan berfungsi menerima radiasi thermal dari tubuh badan manusia. Ini bermakna alatan berkenaan tidak mengeluarkan sebarang radiasi sebaliknya menerima.

Sumber gambar dari tangkapan layar Twitter
OHMEDIA: KALAU TAK TAHU BERTANYA, JANGAN BUAT PALATAU. VIDEO-VIDEO MACAM NI SANGAT MENGELIRUKAN LEBIH-LEBIH LAGI MAK AYAH KITA, SEBAB BENDA-BENDA MACAM NI MEREKA SUKA TERIMA BULAT-BULAT.

Kredit: Twitter Shazwan Sazali

+ Baca respon pembaca infared thermometer penyebab kanser di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.