(Video) Tolak Rakan Di Tepi Jalan & Nyaris Digilis, Gadis Gurau Kasar Ini Didenda RM347! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Tolak Rakan Di Tepi Jalan & Nyaris Digilis, Gadis Gurau Kasar Ini Didenda RM347!


Seram betul Ohmedia tengok satu rakaman yang dikongsikan oleh Cheating Death di laman Twitter. Video yang berdurasi 14 saat itu menunjukkan seorang gadis sedang berjalan bersama rakannya di tepi jalan yang dipercayai terjadi di luar negara.

Apa yang lebih mengejutkan adalah rakan yang niatnya hanya bergurau itu menolak gadis tersebut ke atas jalan raya dan nyaris maut digilis dengan sebuah bas yang berwarna merah. Nasib baiklah gadis itu terselamat dan hanya mengalami kesan calar dan luka ringan.

Kalau korang nak tengok, boleh tonton video dekat bawah ini okay? Menurut laporan Straits Times pula, kejadian ini berlaku pada bulan April 2018. Suspek yang berusia 17 tahun itu telah didenda sebanyak RM347 walaupun dikatakan dia hanya bergurau.



Setelah pihak polis melihat rakaman melalui CCTV, suspek itu bakal dikenakan hukuman yang lebih berat dan mungkin dipenjara satu tahun atau disaman jika didapati bersalah. Melampau sungguh gurauannya!


OHMEDIA: TANGKAP JER, BERGURAU TAK BERTEMPAT.

Kredit: Cheating Death, Inside Edition, Straits Times

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.