Tiga Warga Asing Ditahan, Mayat Lelaki Ditemui Mati Terbaring Di Johor - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Tiga Warga Asing Ditahan, Mayat Lelaki Ditemui Mati Terbaring Di Johor


Baru-baru ini, terdapat satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, Johor di laman Facebook mengenai penjumpaan mayat lelaki yang tidak dikenali pada awal pagi Selasa di kaki lima premis peniagaan yang terletak di kawasan Indahpura Kulai, Johor.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai iaitu Supritendan Tok Beng Yeow, kejadian di lokasi berkenaan telah dibantu untuk proses siasatan oleh kumpulan forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Semakan ke atas mayat si mati didapati terdapat kecederaan iaitu kesan lebam di bahagian mata sebelah kanan, selain beberapa kesan lebam di bahagian muka dan terdapat kesan darah yang keluar dari mulut si mati. Semakan dan pemeriksaan pihak polis di lokasi kejadian tidak menemui sebarang objek atau item yang disyaki senjata yang digunakan dalam kejadian, pihak polis tidak menyangkal mungkin si mati terlibat dalam kes pergaduhan.

Sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, pihak hospital juga turut hadir di tempat kejadian bagi mengesahkan kematian si mati yang ditemui dalam keadaan terbaring itu bagi tujuan bedah siasat.

Hasil laporan perubatan mendapati kematian si mati adalah disebabkan kecederaan dipukul dengan objek keras tumpul pada bahagian abdomen

Apa yang lebih mengejutkan, tiga suspek yang dipercayai warganegara Nepal dalam lingkungan 23 tahun hingga 37 tahun telah ditangkap di Jalan Seroja 4, Kawasan Perindustrian Indahpura Kulai dan di Jalan Teratai 36/43, Indahpura Kulai oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis (IPD) Kulai pada hari yang sama bagi siasatan lanjut.

Kesemua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk bantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (bunuh). Jika sabit kesalahan, boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.


OHMEDIA: SEMOGA SUSPEK MENDAPAT BALASAN YANG SETIMPAL!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.