Samsung Lancar Peranti Baru Bawah RM400 Dengan Sistem Operasi Terbaru? - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Samsung Lancar Peranti Baru Bawah RM400 Dengan Sistem Operasi Terbaru?


Meskipun Samsung dilihat semakin rancak mengeluarkan peranti-peranti bertaraf flagship, namun Samsung juga turut menghadir peranti entry level dengan harga dibawah RM300 yang dilengkapi dengan beberapa ciri menarik. Sayangnya peranti ini dilancarkan untuk pasaran Indonesia sahaja, sekitar RM314 seunit.

Hadir dalam A series, peranti baru yang lancarkan ini adalah Samsung Galaxy A01 Core. Dikatakan peranti ini akan menggunakan sistem operasi Android Go, di mana peranti ini dirancang untuk penggunaan bateri secara efisiensi dengan juga kuota internet.

Sumber gambar dari @evleaks
Peranti ini hadir dengan layar LCD IPS bersaiz 5.3 inci yang dilengkapi dengan kamera utama sebesar 8 Megapixel dan 5 Megapixel untuk kamera bahagian hadapan. Ia akan dikuasakan dengan cipset MediaTek MT6739 serta disokong dengan RAM berkapasiti 1 gigabait yang akan dibekalkan dengan bateri sebesar 3,000 mAh selain hadir dengan dua pilihan storan dalaman, 16 dan32 gigabait.

Sumber gambar dari Wikipedia
Selain menggunakan Android Go, Samsung Galaxy A01 juga akan menggunakan interface One UI. Berdasarkan spesifikasi yang disebutkan tadi, adakah patut peranti ini turut dilancarkan di Malaysia? Berapa pula harga yang sepatutnya diletakkan oleh pihak Samsung?

OHMEDIA: KORANG ON TAK ON DENGAN HARGA DAN SPEC YANG DITAWARKAN?

Kredit: Technave

+ Baca respon pembaca Samsung lancar peranti baru bawah RM300 di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.