Samsung Galaxy M21 Hadir Dengan Bateri 6,000mAh Pada Harga Bawah RM1,000! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Samsung Galaxy M21 Hadir Dengan Bateri 6,000mAh Pada Harga Bawah RM1,000!


Dengan harga mampu milik, korang boleh dapatkan smartphone dari Samsung dengan bateri berkapasiti 6,000mAh pada harga RM899 jer guys. Smartphone ini masih belum dilancarkan di Malaysia, tapi korang dah boleh membuat pra-tempahan di Lazada bermula esok pada harga serendah RM699 dengan promosi 7.7 Midyear sale yang Lazada buat.


Samsung Galaxy M21 ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.4 inci AMOLED beresolusi 1080x2340 pixel. Cip pemprosesan yang dikuasakan pula adalah Exynos 9611 dengan sistem Android 10. Untuk memori, ia hadir dengan 4GB RAM dan storage sebesar 64GB RAM. Bateri pada smartphone ini berkapasiti 6,000mAh bersama 15W fast-charging menggunakan USB Type-C.

Untuk kamera utama, Samsung Galaxy M21 ni dilengkapi dengan tri-kamera iaitu 48 megapixel sensor utama + 8 megapixel ultrawide + 5 megapixel kedalaman dan untuk kamera depan pula hadir dengan 20 megapixel. Smartphone ini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Midnight Blue dan Raven Black.

Kredit: GSM Arena | Lazada

+ Baca respon pembaca Samsung Galaxy M21 di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.