realme X50 Pro 5G ‘Gambaran’ Telefon Pintar Masa Hadapan? Mantul Gais! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

realme X50 Pro 5G ‘Gambaran’ Telefon Pintar Masa Hadapan? Mantul Gais!


Haritu, Ohmedia share tentang cipset yang dipasang kedalam realme X50 Pro 5G kan? Kalau korang follow LIVE pelancaran realme X50 Pro 5G baru-baru ni, mesti korang akan terpegun dan rasa nak ada satu unit dalam tangan. Buat yang terlepas, tak apa, ni  kami nak share sikit mengenai kepantasan luar biasa yang telah pun diwar-warkan oleh pakar dekat luar sana.

Artikel lepas: realme X50 Pro 5G Dilengkapi Dengan Cipset Tercanggih Di Dunia!

realme X50 Pro 5G ‘Speed of The Future’ Bukan Satu Gurauan.



Semua sudah sedia maklum akan cipset Qualcomm Snapdragon 865 5G iaitu cipset paling latest telah dipasang pada realme X50 Pro 5G ni. Tapi korang tau tak kelebihan cipset ni? Ada sesetengah yang kata performance telefon jadi laju, ada yang kata lebih smooth, dan ada yang kata sebab nak jadi sebaris dengan flagship yang lain di pasaran sana.

Jawapannya, semua di atas adalah betul dan bukan satu gurauan. Korang boleh test sendiri dengan letakkan telefon pintar realme X50 Pro 5G bersebelahan dengan mana-mana telefon pintar dan cuba buka mana-mana aplikasi secara serentak. Korang nilai la sendiri kepantasan model realme X50 Pro 5G ni kalau nak dibandingkan dengan yang lain.

Model realme Pertama Dengan Sambungan 5G



Sekiranya korang masih berada di era 4G, maka kami nak seru untuk korang beralih ke Fifth-Generation Wireless (5G). Menariknya tentang 5G ni, korang yang gunakan realme X50 Pro 5G ni akan terpegun sebab kerja-kerja muat naik dan muat turun akan jadi lebih pantas. Bahasa mudahnya, korang tengok YouTube video yang resolution paling tinggi (1080fps) tanpa buffer. Hebat bukan?!

realme X50 Pro 5G kali ni didatangkan dalam dua warna yang cukup unik. Rust Red dan Moss Green menjadi pilihan di samping effect permukaan belakang yang tampak premium pasti akan buat korang lebih unik.

Hidup Lebih Produktif Dengan Pengecasan Super Pantas!



Kepantasan realme X50 Pro 5G tidak akan terhenti sebab ianya didatangkan bersama teknologi Dart Charge tau. Pengecas yang sedang hangat dibualkan katanya. Cerita dia memang perform la, sebabnya bukan 50W tau sebaliknya 65W SuperDart pengecasan secara pantas atau flash charge weh!.

Sedikit info mengenai teknologi pengecasan ni, telefon pintar korang tidak akan panas ketika dicas tau. Jangan terkejut, ini kerana teknologi penyejukan atau cooling system yang dipasangakn pada realme X50 Pro 5G mampu berbuat demikian. So, memang tak panas la. Selain tu juga, jangka hayat bateri akan tahan lebih lama dan korang boleh terus bermain game kesukaan korang saat phone sedang dicas. Menarik bukan?! Memang kena dengan hashtag yang dibawakan oleh realme kali ni iaitu #SuperSpeed5G. 

Enam kamera Dalam Satu Phone, Bukan Biasa-Biasa Gais.



Bila cakap pasal smartphone pasti ada yang akan pertikaikan pasal kamera. Kali ni realme X50 Pro 5G tampil dengan 6  kamera dalam satu unit telefon; 2 kamera hadapan dan 4 kamera belakang. Kamera belakang utama didatangkan dengan 64MP yang mampu zoom hybrid 20X tau.

Manakala kamera hadapan utama pula didatangkan dengan 32MP yang akan memberikan gambar swafoto yang lebih jelas dan cantik. Bukan itu gais, feature kamera mode malam realme X50 Pro 5G ni memang terbaik la. Tak percaya? Korang tengok hasil gambar di bawah ni.


Ini merupakan hasil gambar yang dirakamkan menggunakan realme X50 Pro 5G dengan menggunakan mode malam. Memang cantik betul la! So, kami memang suggest phone ni untuk korang yang suka mengambil gambar atau mereka yang suka buat VLOG.


So, cepat dapatkan realme X50 Pro 5G korang di kedai-kedai pengedar yang sah di luar sana. Dengan harga RM2,999 korang akan alami sendiri pengalaman telefon pintar masa hadapan. Terbaik!

Banyak lagi features yang kami nak terangkan dekat korang, tapi lebih baik korang tengok dan dengar sendiri perincian yang diterangkan sendiri oleh wakil realme menerusi LIVE mereka sebelum ni dekat sini realme X50 Pro 5G LIVE. Make sure korang follow semua media sosial realme untuk update terkini mengenai produk mereka tau.

Dikuasakan oleh Blogger.