Sempena Ulang Tahun Ke-35, Proton Saga Lancarkan Edisi Khas Pada 9 Julai Ni! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Sempena Ulang Tahun Ke-35, Proton Saga Lancarkan Edisi Khas Pada 9 Julai Ni!


Proton Saga merupakan kereta pertama keluaran Malaysia yang dilancarkan oleh Bekas Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1985. Teringat pula dulu-dulu naik Proton Saga petak ni pergi jalan-jalan ke bandar, balik kampung dan sebagainya. Nostalgia betul! Kalau korang tengok, masih ada lagi tau Proton Saga tahun 1990 tu di jalan raya, betul tak?


Lama juga model Proton Saga berupa tu bertahan sampailah tahun 2006, barulah proton Saga keluarankan rupa baru yang diberi nama Saga BLM. Pergh! Hampir 20 tahun juga. Tak lama lepas tu, pada tahun 2016 Proton Saga sekali lagi berwajah baru dengan rupa yang lebih cantik dan mengubah lagi rupanya menjadi lebih sporty pada tahun 2019.


Kalau korang nak tahu, Proton Saga akan menyambut anniversary mereka yang ke-35 pada tahun ni guys. Ada tak antara korang yang sebaya dengan Proton Saga ni? Menerusi video dari Proton Cars Official di Youtube, mereka akan mengumumkan Proton Saga edisi khas sempena ulang tahunnya yang ke-35 pada 9 Julai nanti secara langsung menerusi Facebook mereka. Tak sabar pula nak tengok rupa dia!

Kredit: Proton Cars Official

+ Baca respon pembaca ulang tahun 35 Proton Saga di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.