Nokia C2 Dah Mula Dijual Dengan Harga Bawah RM300 - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Nokia C2 Dah Mula Dijual Dengan Harga Bawah RM300


Sebelum ni Ohmedia ada kongsikan satu smartphone dari Nokia dengan spec asas akan masuk ke pasaran Malaysia kan? Bermula hari ini, Macpie Distribution iaitu pengedar sah Nokia di Malaysia telahpun mula menjual Nokia C2 dengan harga serendah RM259 jer guys.

BACA : Nokia C2 Bakal Masuk Ke Malaysia Dengan Spec Asas


Nokia C2 ni didatangkan dengan skrin sebesar 5.7 inci IPS LCD beresolusi 720x1440 pixel. Cip pemprosesan yang dikuasakan pada smartphone ni adalah Unisoc menggunakan sistem Android Go dengan memori 1GB RAM dan storage sebesar 16GB. Untuk bateri, smartphone ini hadir dengan kapasiti 2,800mAh.


Untuk kamera utama, smartphone ini didatangkan dengan kamera depan dan belakang yang kedua-duanya menggunakan lensa 5 megapixel. Sesiapa yang berminat dengan spec dan harga yang ditawarkan pada Nokia C2 ni bolehlah pergi ke Macpie Distribution untuk dapatkannya.

Kredit: Macpie Distribution

+ Baca respon pembaca smartphone Nokia mampu milik di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.