Nenek Berusia 71 Tahun Masih Nampak Muda & Bergetah Lagi, Apa Rahsianya? - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Nenek Berusia 71 Tahun Masih Nampak Muda & Bergetah Lagi, Apa Rahsianya?


Ohmedia agak terkejut bila tengok gambar pereka fesyen terkenal antarabangsa yang dikenali sebagai Vera Wang atau nama sebenarnya Vera Ellen Wang yang kini berusia 71 tahun tetapi nenek ini masih kelihatan cantik dan muda.



A post shared by VERA WANG (@verawanggang) on

Agak-agak apa rahsianya sehingga kulit nampak cantik mulus? Kalau korang tengok gambar dia, kulitnya masih anjal seperti wanita baru berusia awal-30an tau!? Rupa-rupanya dia pernah mendedahkan rutin hariannya semasa wawancara bersama Harper's Bazaar pada tahun 2012. Jom kita tengok apa rahsianya dekat bawah ni!

Makanan sihat


Makanan pilihan Vera untuk makan malam adalah salmon panggang, ayam, sashimi, nasi perang, salad, ikan dari Sant Amberous, yogurt, brokoli kukus dan lemon. Untuk pengetahuan, dia tidak pernah melambatkan waktu makannya melebihi jam 7.30 malam.

Vera juga akan memesan menu-menu yang sihat ketika berada di luar sebanyak lima kali dalam seminggu. Bukan tu jer, dia akan mengundang kawan-kawannya ke rumah dan menghidangkan menu masakan Cina pada hari minggu. Psst! Dia pun makan jajan tau tapi bukan setiap hari.

'Me Time'


Setiap gadis mesti akan mempunyai 'me time' untuk membahagiakan diri sendiri. Sama seperti pereka fesyen yang memiliki dua orang anak ini. Biasanya dia akan berendam dan merawat kulit serta rambutnya selepas bersenam dan meditasi.


Nikmati rutin pekerjaan


Vera yang dilahirkan di New York, United States ini memilih stoking panjang ataupun 'legging' ketika pergi bekerja dimana kebanyakannya koleksi daripada jenama Danskin, Balenciaga, Givenchy atau dari busana miliknya, Kohl's.

Kalau korang nak tahu, Vera akan curi masa untuk keluar dari pejabat semata-mata untuk window shopping selama beberapa jam. Wah, best betul jadi dia ni! Walaubagaimanapun, dia amat menikmati rutin pekerjaannya.

Cukup tidur


Mesti korang selalu dengar tips untuk awet muda kena tidur awal kan? Tapi, Vera Wang ni bukannya jenis 'morning person'. Dia akan tidur tujuh hingga lapan jam sekitar jam 1 atau 2 pagi pada setiap hari dalam keadaan suhu bilik yang rendah. Jadi, korang kenalah berdisiplin sikit untuk menetapkan waktu tidur korang.

Meditasi dan bersenam setiap pagi


Pereka fesyen ini juga akan meluangkan masa untuk meditasi dan bersenam pada setiap pagi. Patutlah body dia cantik seperti orang muda. Fuh!

Sebenarnya mudah jer gais nak kekal cantik dan nampak muda seperti Vera Wang ni. Semoga tips ini bermanfaat dan selamat mencuba!


OHMEDIA: AGAK-AGAK MACAM MANALAH RUPA KITA BILA DAH BERUSIA 71 TAHUN KAN?

Kredit: Instagram | Kompas.com

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.







Dikuasakan oleh Blogger.