Motorola Perkenalkan Fusion One Yang Dikuasakan Cipset Snapdragon 710 - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Motorola Perkenalkan Fusion One Yang Dikuasakan Cipset Snapdragon 710


Lama tak dengar pasal Motorola kan? Kalau korang nak tahu, last telefon Motorola yang Ohmedia pakai beberapa tahun lepas ialah Motorola Razr yang boleh lipat-lipat tu. Masa tu memang batak habis menunjuk dekat kawan-kawan, kah! Motorola pun tak ketinggalan guys sebab baru-baru ini, mereka baru jer memperkenalkan smartphone terbaru mereka iaitu Motorola Fusion One.


Smartphone ini hadir dengan skrin sebesar 6.5 inci HD+ beresolusi 1600x720. Cip pemprosesan yang dikuasakan adalah Snapdragon 710 bersama sistem Android 10. Untuk memori, ia didatangkan dengan 4GB RAM dan storage sebesar 64GB. Motorola Fusion One ni hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh menggunakan USB Type-C.

Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan quad kamera iaitu 48 megapixel sensor utama + 8 megapixel wide angle + 5 megapixel kedalaman + 2 megapixel makro. Untuk kamera depan pula hadir dengan 8 megapixel. Motorola Fusion One ni didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Deep Saphire Blue dan Emerald Green.

Kredit: Motorola

+ Baca respon pembaca smartphone terbaru Motorola di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.