(Video) Manchester City Kembali Terciduk, Mccarthy Beraksi Seperti Spiderman - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Manchester City Kembali Terciduk, Mccarthy Beraksi Seperti Spiderman


Walaupun berjaya belasah Liverpool 4-0 sebelum ini, ia tidak memberi jaminan kepada Manchester City untuk kekalkan momentum tersebut apabila tewas di tangan Southampton pada baki saingan liga awal pagi tadi. Beraksi di Stadium St Mary's pasti memberi sedikit kelebihan buat Southampton yang kini berada di kedudukan pertengahan liga.


Mereka berjaya manfaatkan peluang beraksi di tempat sendiri selepas menjaringkan gol pertama menerusi rembatan jauh Che Adams pada minit-16. Gol itu juga berpunca dari kesilapan pertahanan City yang gagal mengawal bola dengan kemas. Tersentak dengan jaringan itu, City terus melakukan serangan bertali arus ke kubu Southampton.


Boleh dikatakan lebih 20 percubaaan berjaya dihasilkan namun penjaga gol Southampton menampilkan aksi cemerlang dengan menyelamatkan beberapa percubaan bahaya dari City sehingaa beliau dinobatkan sebagai "King Of The Match" dalam perlawanan ini. Keputusan 1-0 kekal hingga wisel penamat.


OHMEDIA: CITY PERLU MEMPERKEMASKAN BARISAN PERTAHANAN SUPAYA TIDAK MUDAH MELAKUKAN KESILAPAN

+ Baca respon pembaca Manchester City kembali terciduk, Mccarthy beraksi seperti Spiderman di Facebook Oh! Media


Dikuasakan oleh Blogger.