Malaysia Diiktiraf Antara Negara Paling Berjaya Tangani Wabak - Perdana Menteri - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Malaysia Diiktiraf Antara Negara Paling Berjaya Tangani Wabak - Perdana Menteri


Sekarang ni tengah kecoh di media sosial apabila ada satu agensi media antarabangsa yang melaporkan berita pelaksanaan Covid-19 di Malaysia yang dilihat berat sebelah. Tapi Ohmedia taknak cerita mengenai berita yang tidak betul tu kerana Malaysia sebenarnya adalah antara negara yang paling berjaya melawan pandemik bahaya ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan situasi ini sangat mencabar keupayaan negara dan Malaysia dilihat berjaya mencari jalan keluar yang selamat.

Tapi berkat usaha, kesungguhan dan diri kita semua. maka Malaysia hari ini telah pun dapat dikatakan berjaya untuk menguruskan wabak ini ke satu tahap yang boleh kita katakan, membanggakan. Malaysia hari ini telah pun diiktiraf berjaya menguruskan wabak COVID-19 dan dikatakan antara negara yang amat berjaya di dunia. Alhamdulillah.

(Ia kerana) menguruskan secara bijaksana, tegas, berani dan buat keputusan-keputusan segera yang tepat untuk menentukan wabak penyakit ini tidak menular di kalangan masyarakat kita. Kerana ia melibatkan soal kesejahteraan rakyat, kerajaan tidak memandang remeh perkara ini yang berlaku di negara kita, walaupun kita tidak mempunyai pengalaman untuk menguruskan hal sebegini selama lebih tempoh 60 tahun yang lalu.
- Jelas PM pagi tadi dalam Live Perjumpaan YAB Perdana Menteri jam 8.30 pagi.

Memang benar kita semua telah melalui jalan yang sukar sejak 3 bulan yang lalu dan sekarang tiba masa untuk kita bangkit. Tetapi ia perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati dengan cara mengamalkan norma baharu yang dipraktikkan selama ini.

Apa-apapun kami di Ohmedia turut mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan negara yang bertungkus lumus sehingga ke hari ini dan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus bersama #KitaJagaKita.


Kredit: Muhyiddin Yassin

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.