Juventus Tewas Mengejut, Seko Fofana Muncul Wira Udinese - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Juventus Tewas Mengejut, Seko Fofana Muncul Wira Udinese


Hasrat Juventus untuk mengesahkan kejuaraan liga lebih awal terbantut selepas tewas mengejut 2-1 di tangan Udinese. Beraksi di Stadium lawan yang kini menduduki tangga ke-15 liga sepatutnya tidak menjadi masalah buat Juventus yang dibarisi oleh pemain utama seperti Ronaldo, Dybala dan Rabiot.


Hal ini dibuktikan mereka selepas berjaya mendahului pada minit ke-42 hasil rembatan leret pemain pertahanan Belanda, De Ligt dari luar kotak penalti. Bersambung separuh masa kedua, Udinese berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-51 hasil tandukan terbang Nestorovski.


Pemain kelahiran Ivory Coast, Seko Fofana muncul wira apabila menjarinkan gol kemenangan Udinese pada lewat perlawanan selepas berjaya memperdayakan dua pertahanan Juventus sebelum melakukan rembatan ke dalam gol. Keputusan ini menyaksikan Juventus masih mempunyai peluang untuk mengesahkan kejuaraan pada perlawanan menentang Sampdoria nanti.


OHMEDIA: JUVENTUS PASTI BANGKIT PADA AKSI DI TEMPAT SENDIRI NANTI

+ Baca respon pembaca Juventus tewas mengejut, Seko Fofana muncul wira Udinese di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.