iPhone 12 Tidak Semurah Seperti Yang Korang Sangkakan! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

iPhone 12 Tidak Semurah Seperti Yang Korang Sangkakan!


Seperti semua tahu sebelum ini beredar khabar angin bahawa iPhone 12 yang dijangkakan keluar pada Oktober tahun ini adalah murah sedikit dari iPhone 11 yang dikeluarkan okeh Apple tahun lepas. Berdasarkan info yang kami dapat, iPhone 12 tidaklah semurah yang korang sangka atau jangkakan.

Sebelum ini panas mengenai isu pihak Apple tidak menyertakan adapter pengecasan 20 watt untuk iPhone 12 nanti. Isu ini menguatkan lagi dakwaan bahawa sememangnya smartphone flagship dari Apple itu nanti akan dijual lebih murah berbanding model sebelum ini, iPhone 11.

Sumber gambar dari Gizmochina
Namun korang perlu tahu bahawa ianya tidak semurah yang korang sangkakan. Ini kerana iPhone 12 dijangka akan hadir ciri lebih canggih, iaitu disokong dengan rangkaian 5G dan menggunakan skrin OLED pada peranti berkenaan seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

OHMEDIA: TERLALU AWAL UNTUK MENERIMA INFO SECARA BULAT-BULAT. YANG PASTI, HARGANYA NANTI MASIH LAGI MEMERLUKAN SEBELAH BUAH PINGGANG UNTUK DIKORBANKAN.

Kredit: Techradar

+ Baca respon pembaca iPhone 12 tidak semurah yang disangka di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.