Imigresen Keluarkan Wanted List Untuk Warga Bangladesh Dalam Video Al Jazeera - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Imigresen Keluarkan Wanted List Untuk Warga Bangladesh Dalam Video Al Jazeera


Isu Al Jazeera yang menyebarkan berita berat sebelah tentang cara Malaysia urus warga asing sewaktu Covid-19 mendapat kecaman hebat dan sekarang gambar lelaki yang dikenali sebagai Rayhan Kabir warga Bangladesh yang memberikan kenyataan mengelirukan di dalam video terbabit telah tersebar.

Tidak cukup dengan itu, Jabatan Imigresen Malaysia turut telah memaklumkan yang mereka sedang mencari individu terbabit untuk mendapatkan keterangan.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama MD RAYHAN KABIR, nombor pasport BW0974403 berumur 25 tahun dan alamat terakhir beliau adalah SIRHAN LEGACY SDN BHD B-7-9 MENARA UNCANG EMAS, NO 85 JALAN LOKE YEW 55200, KUALA LUMPUR bagi tujuan membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Penolong Pengarah Imigresen (PPI) Nurulmasha Nazlinan Bin Hussin, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801298 / 1294 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.
- Tulis kenyataan itu.

Warga Bangladesh itu telah mengatakan warga asing bukanlah seorang pembunuh, penjenayah, tetapi cuma tidak mempunyai dokumen sah.

Kenyataan ini sah cuba memburukkan imej Malaysia kerana kesalahan tidak memiliki dokumen yang sah masuk ke dalam negara orang juga merupakan satu kesalahan yang berat.

Rayhan Kabir turut dikatakan telah menetap di Malaysia selama lebih 10 tahun dan sekarang berani mengeluarkan kenyataan sebegitu.

+ Baca respon pembaca yang geram dengan individu ini di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.