Ibadah Haji Bermula, Kali Ini Dengan Norma Baru! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Ibadah Haji Bermula, Kali Ini Dengan Norma Baru!


Disebalik pandemik yang melanda, jemaah haji hari ini memulakan ibadah haji bagi menyempurnakan Rukun Islam kelima. Musim Haji tahun ini merupakan musim yang mempunyai bilangan jemaah haji paling sedikit berikutan usaha Arab Saudi mencegah penularan COVID-19.

Selain dari mengurangkan jemaah haji, Arab Saudi turut mengadakan SOP seperti pemakaian pelitup muka dan mulut serta mengamalkan penjarakan sosial sebagai norma baru musim haji kali ini. Jemaah dibawa dalam kumpulan kecil, berjalan di laluan yang mempunyai tanda lantai yang ditetapkan ketika mengelilingi Kaabah.



Selain itu, jemaah haji perlu menjalani pemeriksaan suhu dan dikuarantin sebelum mereka memasuki kota Suci berkenaan. Ihram yang diperbuat dari bahan tahan bakteria turut dibekalkan. Untuk info, hanya 10,000 umat islam diberi peluang tahun ini untuk mengerjakan ibadah berkenaan berbanding 2.9 juta tahun sebelumnya.

OHMEDIA: SATU PERASAAN YANG TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN BAGI MEREKA YANG BERPELUANG MENUNAIKAN IBADAH BERKENAAN DI SAMPING PANDEMIK YANG MELANDA.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca ibadah haji dengan norma baru di Facebook Oh! Media

Dikuasakan oleh Blogger.