Huawei Nova 7 5G Dijual Bermula 7 Julai, Didatangkan Dengan Cipset Kirin 985 5G - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Huawei Nova 7 5G Dijual Bermula 7 Julai, Didatangkan Dengan Cipset Kirin 985 5G


Huawei Malaysia baru jer mengumumkan satu lagi smartphone terbaru mereka yang akan dijual di Malaysia iaitu Huawei Nova 7 5G. Smartphone ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.53 inci OLED beresolusi 1080x2400. Cip pemprosesan yang dikuasakan adalah Kirin 985 5G menggunakan EMUI 10.1 dengan Andorid 10.


Untuk memori, ia hadir dengan 8GB RAM dan storage sebesar 256GB. Smartphone ini didatangkan dengan beteri sebesar 4,000mAh bersama 40W fast-charging menggunakan USB Type-C. Bukan tu jer, siap ada 5W reverse charging lagi gais. Untuk kamera utama, smartphone ini dilengkapi dengan quad kamera iaitu 64 megapixel sensor utama + 8 megapixel telefoto + 8 megapixel ultrawide + 2 megapixel 2 megapixel kedalaman dan untuk kamera depan pula hadir dengan 32 megapixel.

Huawei Nova 7 5G ni didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu space silver dan midsummer purple. Bagi sesiapa yang berminat dengan smartphone terbaru Huawei dibawah siri Nova ni, korang boleh dapatkannya bermula 7 Julai ni pada harga RM1,999 jer gais.

Kredit: Huawei Shop

+ Baca respon pembaca Huawei Nova 7 5G di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.