"Hisham is Being Hailed as a National Hero." - Doktor Luar Ini Puji Usaha Keras Dr Noor Hisham! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

"Hisham is Being Hailed as a National Hero." - Doktor Luar Ini Puji Usaha Keras Dr Noor Hisham!


Kejayaan Malaysia dalam mengawal penularan wabak COVID-19 telah mendapat perhatian dunia meskipun ada pihak cuba untuk menafikan kejayaan berkenaan. Baru-baru ini seorang pakar bedah endokrin bernama. Dr Julie Miller menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia terutama Datuk Dr Noor Hisham dalam mengawal penularan pandemik di Malaysia.

Dalam posting berkenaan beliau memuji Dr Noor Hisham terutama dalam membuat keputusan yang sukar, termasuklah pengawalan ketat sempadan, saringan, mengesan kontak rapat, pengasingan, menyampaikan mesej dengan fakta yang betul, termasuklah sidang media harian, bukti serta keputusan berdasarkan fakta.


Dr Julie Miler turut melahirkan rasa sedih melihat negara asalnya Amerika Syarikat, di mana kumpulan petugas kesihatan terpaksa berjuang untuk mengawal penularan wabak berkenaan. Beliau menekankan bahawa betapa pentingnya untuk mengetepikan fahaman politik dalam usaha untuk menjadikan keadaan lebih baik seperti yang dilakukan oleh rakyat Malaysia.

OHMEDIA: MESKIPUN KITA MENDAPAT PUJIAN DARI NEGARA LUAR NAMUN RAKYAT MALAYSIA PERLU SEDAR YANG KITA BELUM 100% MENANG. OLEH ITU MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGAMALKAN SOCIAL DISTANCING SEPERTI YANG DIPERUNTUKKAN DALAM SOP BAGI MENGELAKKAN BERLAKUNYA PENAMBAHAN KES.

Kredit: Julie Miller

+ Baca respon pembaca doktor luar ini puji usaha keras Dr Noor Hisham di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.